Followers

Thursday, February 23, 2012

w.a.n.i.t.a



1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.

2. Dia tidak akan menyampai-yampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.

3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.

4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya ALLAH s.w.t.



Perempuan yang tabah, dia tidak menangis untuk dilihat, untuk disimpati.
Namun perempuan tabah itu menangis di dalam hati, doa pengubat hati, hanya mengharap belas ILAHI... InsyaAllah...♥

WANITA SOLEHAH

rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah

dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran

wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri

wanita solehah
tongkat buat lelaki
yang buta menuju ALLAH
cahaya buat lelaki
menyinar gelap jalan menuju ILLAHI

oh wanita solehah
lagu ini untukmu
harga yang tidak ternilai
aprisiasi pandanganku kepadamu
peneman sejati hidup ini
penyejuk damai hati ini
bergerak melangkah menari
pendamai mata yang sunyi
kawan da’ie yang sepi

wanita solehah
lebih dari bidadari
menyimpan diri
hanya untuk ILLAHI

ALLAH…
apakah KAU Dengar suara hati ini?
menangis sepi merembes di hati
wanita solehah
apakah dalam gapaian diri?

wanita solehah
aprisiasiku
aprisiasi yang tertinggi



Berdasarkan hadis sohih, Nabi saw menangis mengenang nasib ramai wanita dalam neraka. Ciri2 wanita itu ada pada wanita zmn skrng. Antara penyebab keseksaannya;

1- Wanita yg tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki. Lagi2 la skrng, mereka tdk menutupi aurat dgn sempurna.

2- Wanita yg selalu sangat menyakiti hati suaminya dengan kata-kata, kemudian nabi Muhammad saw bersabda lagi : "Tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata-kata kecuali Allah SWT akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira', kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya sendiri."

3- Wanita yg menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

4- Wanita yg suka sangat keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka.

5- Wanita yg suka sangat bersolek supaya dapat dilihat oleh lelaki supaya orang orang lelaki boleh tergoda dan suka bercakap mengenai keaiban orang lain.

6- Wanita yg suka sangat menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepada nya kerana melihat perhiasannya. Lihat zmn skrng pekerjaan spt inilah yg paling top, model, artis penyanyi & pelakon yg menjadi impian tiap wanita.

7- Wanita yg mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula bersolat serta tidak mahu pula mandi wajib.

8- Wanita yg suka sangat mengadu domba yakni melaga-lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong.

9- Wanita yg suka sangat memfitnah-fitnah orang dan suka sangat pula marah-marah pada suaminya.

Kebanyakkan wanita ni adalah seorg ISTERI, ada sesetengah kaum wanita ini menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah diantara perkara-perkara sikap isteri yang menDERHAKA pada suaminya.


Utk wanita,kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yangsolehah.....
Utk lelaki,kurangkan agenda mencari si solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh....



nasihat untuk diriku yang kerdil juga :)
assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment