Followers

Saturday, April 23, 2011

-saya suka- punya cerita

Assalamualaikum w.b.t kpd sesiapa yg membaca article ni.
hari ni budak taurus nk share dgn korang semua 1 article yg menarik.
article ni budak taurus jumpa dlm facebook dekat page. budak taurus rasa penyataan ni satu daripada cara utk kita bermuhasabah diri. satu penyataan yang InsyaAllah dapat buka pintu hati org2 yg lalai dgn kehidupan duniawi.. terutama kpd mereka yg ada partner masing2.


Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa... 


Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever 


Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye... 


Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya... 


Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya.... 


Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti... 


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak...moga kita terhindar dari segala macam "zina"...

**peringatan untuk diri sendiri terutama & semua sahabat..isya'Allah....

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).



untuk yg bergelar muslimah




harta yg penting bg seorang wanita ialah maruah diri


budak taurus say: buat kaum hawa, sedarlah bahawa kaum kita lemah. itu diakui sendiri oleh kaum adam. apa yang terbaik, sentiasa jaga kehormatan diri kita. jangan pernah serahkan mahkota bernilai dgn cara melakukan zina. ingt, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
wassalam~



Friday, April 22, 2011

resepi senandung kejayaan

KEJAYAAN...



semua org nakkan kejayaan kan.. tp org cakap kejayaan tu x dtg bergolek, kita yang kena pandai cari peluang kerana manusia yang hebat ialah manusia yang bijak mencipta peluang dan manusia yang malas ialah manusia yang mensia-siakan peluang...
korang semua mesti nak taw ape agaknye resipi kejayaan yang budak taurus nk share dgn para blogger semua kan?? nak taw x ni?? btol ni nak taw??
haaa...tgk! kucing ni pon nk taw ape agaknye resipi yg budak taurus nk share.. depa pon tertanya2 ni..

alololorh..baby2 ni pon x sbar2 nk taw..hehe

first step, sediakan bahan-bahan yg berikut:
  1. buku secukupnya (ikut selera masing2)
  2. 200 gm. ketekunan ( diparut )
  3. 300 gm. kerajinan
  4. 100 gm. keinsafan dimayang
  5. 150 gm. kasih syg
  6. 10 potong nasihat, bimbingan dan kaunseling
  7. 500 gm. dendam, hasad dengki dan iri hati ( dihancur dan dilumatkan )
  8. secebis malas dan bosan (digoreng dan ditumbuk halus)
  9. segenggam harapan (utk taburan)
  10. 1/2 liter air mata (tanda keinsafan)
  11. semangkuk azam
  12. 1000 gm. keyakinan
  13. sekuntum senyuman
macam nie...hehehe

second step merangkup last step iaitu, cara-cara membuatnya:
  1. buku dipotong 5. basuh dan toskannya. gaulkan buku dengan azam dan biarkan seketika hingga mesra kudua-duanya.
  2. ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter usaha.
  3. keyakinan, kasih syg, nasihat, bimbingan, kaunseling, doa dan harapan digaul bersama.
  4. pijarkan air mata, tumiskan keinsafan, goreng sehingga bangkit baunya (agar menimbulkan buak kesedaran)
  5. masukkan pula buku, campurkan dengan usaha dan didihkan.
  6. tambahkan pula kerajinan, malas yang telah digoreng dan ditumbuk halus serta dendam dan hasad dengki yang sudah dilumatkan.
  7. akhirnya masukkan kesungguhan dan tutupkan dengan keimanan.
  8. apabila sudah berjaya, rasakan nikmatnya. kalau kurang sedap, tambahkan lagi ketekunan.
  9. masak lagi hingga pandai, kemudian angkatkan.
  10. apabila sejuk, hidangkan dengan sebuah kebanggaan. untuk mencantikkan lagi, taburkan kesyukuran dan senyuman.

senyum~~
budak taurus say: rajin2 lah berusaha kerana kejayaan tak akan dtg jmpa kita sendiri kalau kita x cari sendiri.... renung2kan!

fikir2kan lah...

Wednesday, April 20, 2011

jom ber-faceBlog

penah dgr faceblog x??
x....
penah tp x ambik taw sgt pon...
penah tp tgk sekali lalu je...
x pon..bz x sempat nk search ape2...
*ni antara contoh jawapan yg kte boleh dgr bila ditanya tentang faceBlog


TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
ni la logo faceBlog...
cantik kan..ala2 logo facebook jgk.
haaa...mcmne? menarik x? tertarik x nk join faceBlog ni?
kpd smua terutama para blogger, ramai2lah join faceBlog ni. syookkk!!

Monday, April 18, 2011

cinta, kasih, sayang dan hati

 CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa..










cinta ,kasih, sayang dan hati...
semua ni berkait rapat dgn perasaan kita kan?
ada kala kita sedih, ada kala kita gembira, ada kala kita bahagia, ada kalanya kita menangis disebabkan 4 perkatan ini.

budak taurus say: ini hanyalah sekadar renungan kita bersama=)

L.U.K.A

luka
kenapa kau bisa terluka?
siapakah orang yang telah melukaimu?
dimana kah kau dilukai?
dihatikah?
...
pernah tak ada orang yang datang padamu
untuk memberikan penawar luka?
saat itu apakah kau terima penawar itu?
atau mungkin kau campakkannya?

andaikan kau terima penawar itu
apakah hatimu terubat olehnya
andaikan kau campak penawar itu
kenapa kau campakkannya?tak inginkah kau diubati?

luka
bukan hanya kau pernah terluka
dia,mereka aku juga pernah terluka
kita semua pasti pernah terluka
besar atau kecil lukanya itu
pasti ada

jika dia mereka dan aku bisa mengubati luka
yang pernah ada dihati
aku yakin
kau pasti boleh mengubati lukamu



budak taurus say: betul cakap org kan.. luka di hati x siapa tahu kerana yg tahu, yg merasa hanyalah kita. luka di hati juga sukar utk diubati dan sememangnya tiada penawar. oleh itu, jagalah hati anda.






kalau hati dah terluka, jgn buat keje bodoh mcm ni..