Followers

Sunday, February 26, 2012

Be my hero. Please!

hai2 korang semua :)
assalamualaikum w.b.t aku ucapkan..
ape mcm? sihat x? hee~ hope korang semua sihat2 ok. sape2 yang tak berape sihat or memang tak sihat, buat la ape2 yang patut untuk korang sihat balik ok :)
aku cuma mampu doakan yang terbaik je untuk korang. Amin~
haaa...kan aku dah start merepek tu. Atototo...

ok, actually entry aku kali ni just nak share dengan korang about something yang special. Eh, bukan special je tapi tersangat lah special.
(bagi aku la)
hahh?? bagi korang?? lantak korang la..acece
(belagak pulak. mintak penampO je kan2x??)
haa..sebenarnye benda yang specialnye ialah...










tadaaaa...









haaa..hahh??? ape ni?? adoii..ni pon tak tau ke ceq?? haha..
ni novel la. haa..aku tau korang semua mesti nak tau ape yang tersangat specialnye benda tu untuk aku kan2x??
ok..sape yang nak tau boleh bace entry ni sampai habis :)
untuk sape2 yang tak nak tau, korang boleh bawak diri dari blog aku.
hahaha...(gaye cakap mintak disepak kan)


ok..actually novel tu aku tak beli pon. ada SOMEONE yang bagi kat aku (maknenye SOMEONE ni la yang belikan)
haha..hahh?? SOMEONE tu sape?? alaaa...x payah tau la (malu-malu badak)
Laa..nak tau jugak ke?? betol ni?? ok la..
aku bagi tau..
SOMEONE tu ialah klik sini :)
haaa..dah tekan dah? ok..meh sini aku explain.
Dia la yang belikan novel tu untuk aku. bukan novel tu je..


Carilah 'hero' dalam diri sendiri. Izham memberikan Adilah lirik lagu My Hero sebagai renungan. Adilah mula mengubah pandangan. Dia tidak sepatutnya bergantung kepada orang lain. Dia hanya perlukan Tuhan dan dirinya sendiri


haa..buku tu pon dia jugak yang bagi :)


ok, dia sebenarnye MY HERO laa..sape lagi kan :)


Dia cakap ni first time dia beli novel. Atototo..(untungnye saya jadi orang first)


(billion thanks hunny bunny)

ok, tu la specialnye entry ni. Eh, silap. Bukan special la. Tersangatlah special..


p/s: untuk SOMEONE tu..

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you
please be mine forever  =)

Thursday, February 23, 2012

w.a.n.i.t.a



1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.

2. Dia tidak akan menyampai-yampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.

3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.

4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya ALLAH s.w.t.



Perempuan yang tabah, dia tidak menangis untuk dilihat, untuk disimpati.
Namun perempuan tabah itu menangis di dalam hati, doa pengubat hati, hanya mengharap belas ILAHI... InsyaAllah...♥

WANITA SOLEHAH

rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah

dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran

wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri

wanita solehah
tongkat buat lelaki
yang buta menuju ALLAH
cahaya buat lelaki
menyinar gelap jalan menuju ILLAHI

oh wanita solehah
lagu ini untukmu
harga yang tidak ternilai
aprisiasi pandanganku kepadamu
peneman sejati hidup ini
penyejuk damai hati ini
bergerak melangkah menari
pendamai mata yang sunyi
kawan da’ie yang sepi

wanita solehah
lebih dari bidadari
menyimpan diri
hanya untuk ILLAHI

ALLAH…
apakah KAU Dengar suara hati ini?
menangis sepi merembes di hati
wanita solehah
apakah dalam gapaian diri?

wanita solehah
aprisiasiku
aprisiasi yang tertinggi



Berdasarkan hadis sohih, Nabi saw menangis mengenang nasib ramai wanita dalam neraka. Ciri2 wanita itu ada pada wanita zmn skrng. Antara penyebab keseksaannya;

1- Wanita yg tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki. Lagi2 la skrng, mereka tdk menutupi aurat dgn sempurna.

2- Wanita yg selalu sangat menyakiti hati suaminya dengan kata-kata, kemudian nabi Muhammad saw bersabda lagi : "Tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata-kata kecuali Allah SWT akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira', kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya sendiri."

3- Wanita yg menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

4- Wanita yg suka sangat keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka.

5- Wanita yg suka sangat bersolek supaya dapat dilihat oleh lelaki supaya orang orang lelaki boleh tergoda dan suka bercakap mengenai keaiban orang lain.

6- Wanita yg suka sangat menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepada nya kerana melihat perhiasannya. Lihat zmn skrng pekerjaan spt inilah yg paling top, model, artis penyanyi & pelakon yg menjadi impian tiap wanita.

7- Wanita yg mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula bersolat serta tidak mahu pula mandi wajib.

8- Wanita yg suka sangat mengadu domba yakni melaga-lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong.

9- Wanita yg suka sangat memfitnah-fitnah orang dan suka sangat pula marah-marah pada suaminya.

Kebanyakkan wanita ni adalah seorg ISTERI, ada sesetengah kaum wanita ini menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah diantara perkara-perkara sikap isteri yang menDERHAKA pada suaminya.


Utk wanita,kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yangsolehah.....
Utk lelaki,kurangkan agenda mencari si solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh....



nasihat untuk diriku yang kerdil juga :)
assalamualaikum :)

Tuesday, February 21, 2012

gunting VS awak??



saya ada GUNTING, GUNTING tu saya guna untuk potong-potong..

pernah jugak terluka sebab GUNTING tu, tapi tak kisah la. tak sakit pon..

GUNTING tu dah lama saya guna, sekarang ni GUNTING tu dah berkarat. tapi saya tak buang pun.

kenapa??

sayang..sayang nak buang :)

macam AWAk jugak!!

saya ade AWAK..AWAK saya jadikan teman.

selalu nak bersama AWAK.. kadang2 terluka jugak sebab AWAK, tapi takpe..

saya kuat lagi, sekarang ni AWAK kawan saya..cuma satu je tak sama.

AWAK tak berkarat, so takde sebab saya nak buang AWAK

jadi...

saya nak simpan AWAK sama dengan GUNTING tadi tapi...

GUNTING tu saya simpan dalam laci..

awakk..emm

AWAK dalam hati saya la :)

hehehe...





p/s: AWAK di atas aku tujukan untuk semua kawan-kawan aku, bff aku, family, org2 yang aku sayang. istimewa untuk korang semua. eh, tak terlupa jugak untuk korang-korang yang sudi bace ok. sayang korang semua :)




assalamualaikum :)

Sunday, February 19, 2012

rupa manusia yang dihalau di pdg mahsyar

hai warga blogger semua. salam 1 malaysia!
ok, hari ni aku just nak share dengan korang semua pasal something yang aku terbace kat FB.
berdasarkan tajuk besar kat atas tu haa..korang pon mesti nak taw kan? ok, xpe. aku sharekan benda ni dgn korg semua ok :)
check it out!!



RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...

- Ditukar rupa
menjadi
wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.


-
Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan
mereka
yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam
keadaan
terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu
adalah
manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan
buta
dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan
manusia
yang curang dalam
menerapkan hukum.

- Ditukar
menjadi
bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah
kalangan
yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam
keadaan
mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke

paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...

Mereka
adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan
dengan
perbuatannya.

-
Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki
dan tangan.

Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu
tetangga.

-
Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada
pokok kurma
neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka
berusaha
mengajak
orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak
jujur
kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan
pakaian
yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong
dan
bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa
walaupun
ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat
cela,
tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di
dunia.
Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas
itu.

Allah
telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126
bermaksud: "Dan
barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka
sesungguhnya
baginya
penghidupan yang sempit dan kami akan
menghimpunkannya pada hari
kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya
Tuhanku, mengapakah
Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada
hal aku dahulunya
adalah seorang yang melihat? Allah berfirman:
"Demikianlah telah
datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya
dan begitu pula
pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga
dengan
pengiringan dan penghalauan manusia ke
Padang Mahsyar, jangan
sekali-kali
menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah

berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti
berlaku.
Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika
itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi
itu
datar
dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan
seorang
pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat
bahawa
kematian adalah wajib
dan mesti tiba apabila sampai waktunya.
Setelah
manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua
manusia
itu dihalau menuju ke
Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika
itu
berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang

berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan

ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh
manusia
di Padang
Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan.
Matahari
terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang
berpeluh
kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu
hingga
sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka
saja.


Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah
wajah
mereka
yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam.
Keadaan itu
samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke
muka
pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana

ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat
melepaskan
diri.Bukan
itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga
tidak
ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya

dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan
(ingatlah) hari
(ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat
segolongan
orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka
dibahagi-bahagi
(dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).



*BERSAMA-SAMALAH
KITA BERDOA MOGA KITA
TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN
TERSEBUT........










assalamualaikum :)

Thursday, February 16, 2012

kesempurnaan.. Alhamdulillah :)

kau begitu sempurna,
di mataku kau begitu indah kau membuat diriku akan selalu memujamu,
di setiap langkahku ku kan selalu memikirkan dirimu,
x bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu..
janganlah kau tinggalkan diriku,
xkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa
kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku lengkapi diriku,
sayangku kau begitu sempurna :)


sweetkan lagu ni. aku suka sangat lagu ni walaupon aku tau yang nobody perfect kan. kesempurnaan tu sebenarnya milik Allah Yang Esa. manusia kena bersyukur dengan semua yang ada kan.
banyak yang tersurat & tersirat disebalik semua yang Allah jadikan...





Wanita....
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

indahkan perancangan Allah :)
Alhamdulillah..