Followers

Friday, April 22, 2011

resepi senandung kejayaan

KEJAYAAN...



semua org nakkan kejayaan kan.. tp org cakap kejayaan tu x dtg bergolek, kita yang kena pandai cari peluang kerana manusia yang hebat ialah manusia yang bijak mencipta peluang dan manusia yang malas ialah manusia yang mensia-siakan peluang...
korang semua mesti nak taw ape agaknye resipi kejayaan yang budak taurus nk share dgn para blogger semua kan?? nak taw x ni?? btol ni nak taw??
haaa...tgk! kucing ni pon nk taw ape agaknye resipi yg budak taurus nk share.. depa pon tertanya2 ni..

alololorh..baby2 ni pon x sbar2 nk taw..hehe

first step, sediakan bahan-bahan yg berikut:
  1. buku secukupnya (ikut selera masing2)
  2. 200 gm. ketekunan ( diparut )
  3. 300 gm. kerajinan
  4. 100 gm. keinsafan dimayang
  5. 150 gm. kasih syg
  6. 10 potong nasihat, bimbingan dan kaunseling
  7. 500 gm. dendam, hasad dengki dan iri hati ( dihancur dan dilumatkan )
  8. secebis malas dan bosan (digoreng dan ditumbuk halus)
  9. segenggam harapan (utk taburan)
  10. 1/2 liter air mata (tanda keinsafan)
  11. semangkuk azam
  12. 1000 gm. keyakinan
  13. sekuntum senyuman
macam nie...hehehe

second step merangkup last step iaitu, cara-cara membuatnya:
  1. buku dipotong 5. basuh dan toskannya. gaulkan buku dengan azam dan biarkan seketika hingga mesra kudua-duanya.
  2. ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter usaha.
  3. keyakinan, kasih syg, nasihat, bimbingan, kaunseling, doa dan harapan digaul bersama.
  4. pijarkan air mata, tumiskan keinsafan, goreng sehingga bangkit baunya (agar menimbulkan buak kesedaran)
  5. masukkan pula buku, campurkan dengan usaha dan didihkan.
  6. tambahkan pula kerajinan, malas yang telah digoreng dan ditumbuk halus serta dendam dan hasad dengki yang sudah dilumatkan.
  7. akhirnya masukkan kesungguhan dan tutupkan dengan keimanan.
  8. apabila sudah berjaya, rasakan nikmatnya. kalau kurang sedap, tambahkan lagi ketekunan.
  9. masak lagi hingga pandai, kemudian angkatkan.
  10. apabila sejuk, hidangkan dengan sebuah kebanggaan. untuk mencantikkan lagi, taburkan kesyukuran dan senyuman.

senyum~~
budak taurus say: rajin2 lah berusaha kerana kejayaan tak akan dtg jmpa kita sendiri kalau kita x cari sendiri.... renung2kan!

fikir2kan lah...

No comments:

Post a Comment